Info

Peluang terbaik buat kita semua....


Penawaran terbaik kepada rakan-rakan semua...ada alternetif ke Real Investment gold/silver CYBER TRUST FUND CORP, World Leading Fx Trading Management System. MIG Bank menawarkan akses terus ke Marketplace Pertukaran Asing Switzerland. Pasaran ini menyediakan kolam kecairan terbesar ECN forex spot dan CFD yang disediakan untuk bank-bank komersial,Badan-badan dana lindung nilai, Institusi pelaburan, bank-bank pelaburan, syarikat korprat dan individual.

Marketplace Forex Switzerland (SWFX) adalah penyelesaian teknologi untuk perdagangan Forex menggunakan modal pasaran berpusat terpancar. Kejayaan pelancaran adalah hasil daripada usaha penstrukturan dalaman teknologi IT - MIG Bank didalam mencari penyelesaian dan menjalinkan kerjasama erat dengan bank-bank yg terpilih dan lain-lain institusi kewangan seluruh dunia.

Inovatif terkini sistem Auto Trade (EA) yang menjalankan urusniaga dagangan pasaran Silver dan Emas dalam talian menjamin pulangan 15% - 30% keuntungan lumayan tampa henti 24jam/ 5 hari seminggu dan 20 hari sebulan.

- ketelusan maklumat sejarah transaksi data
- ketelusan maklumat kecairan
- ketelusan pilihan 100% kepada ahli
- ketelusan luaran dan dalaman pengurusan akaun
- ketelusan pengurusan sistem programing
- Islamic Swap-Free Account
- Withdraw to local bank 15hb dan 30hb
- Advantage of the ECN-Marketplace,Millisecond Execution,Low Spread,ECN liquidity,Market Depth,Liquidity Provider

MIG BANK is authorised by the Swiss Financial Market Supervisory Authority (FINMA)

  1. JPMogan
  2. BARCLAYS
  3. BNP PARIBAS
  4. Deutsche Bank
  5. Bank of America
  6. NOMURA
  7. Goldman Sachs
  8. HSBC Bank

Most Transparent Forex Broker / World Finance Forex Exchange Awards

Terbaik di planet bumi masa kini www.cybertrustfx.com 

  1. ROI 15%~30% sebulan
  2. Sponsor bonus 10%
  3. Unilevel bonus sehingga 7 level kebawah
  4. Pairing bonus 10%
  5. Flushing bonos sebelah kaki besar 10%



.....modal terbaik usd 1000 dan keatas, hubungi saya jika inginkan pencerahan/info lengkap.

( x perlu ke IPO, modal HANYA sekali tetapi boleh income berkali-kali) 
Pelaburan boleh di keluarkan selepas 3 bln jika x beminat.... rugi klu tak join dan kepada yg tidak confident, boleh tengok sahaja. 


Picture
"Kebanyakan ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu berubah,tetapi mereka tidak tahu atau tidak nampak keperluan untuk berubah."

BERANI AMBIL RISIKO ADALAH CIRI-CIRI SEORANG PELABUR YANG BERKUALITI

Picture
Satu daripada ciri penting seorang pelabur ialah kesanggupan mengambil risiko. Banyak kajian mendapati kecenderungan mengambil risiko adalah sebahagian daripada ciri keperibadian seorang pelabur yang berjaya. Ini selari hukum pelaburan bahawa paras pulangan berkait rapat dengan tahap risiko. Bagaimanapun, kecenderungan mengambil risiko dalam pelaburan hendaklah secara bijak dan terancang. Keberanian mengambil risiko perlu diimbangi dengan pengetahuan dan kefahaman mengenai cara menilai dan menangani risiko .

Untuk mengurus risiko, seorang pelabur perlu mampu membayangkan setiap kemungkinan hasil sesuatu tindakan atau kegiatan yang ingin diputuskan. Oleh itu sangat penting mendapatkan semua maklumat sesuatu kegiatan dalam proses membuat keputusan. Dalam keadaan sebenar, seorang pelabur jarang sekali mendapat semua maklumat dalam tempoh yang dikehendaki. Biasanya pelabur terpaksa membuat keputusan tanpa maklumat lengkap. Ini mendedahkan pelabur kepada risiko membuat keputusan salah dan merugikan.

Dunia pelaburan sentiasa berdepan dengan ketidaktentuan. Untuk menangani cabaran ketidaktentuan ini, seorang pelabur perlu membina kemampuan menganalisis semua aspek pelaburannya dan menilai risiko yang mungkin dihadapi. Risiko wujud dalam semua aspek pelaburan.

Pelaburan semuanya mempunyai risiko masing-masing yang perlu difahami dan dikenal pasti oleh pelabur. Mengetahui tahap dan kesan risiko dapat membantu pelabur memikirkan langkah mengelak atau mengurangkan risiko.

Keberanian mengambil risiko memang ciri penting kejayaan dalam pelaburan.Kalau kita faham apa itu pelaburan dan risiko yang bakal dihadapi,barulah kita akan menjadi seorang pelabur yang berkualiti.

Melabur Tanpa Rugi???

Picture

Bagi anda yang berhasrat untuk melabur atau telahpun melabur dan anda berpendapat anda tidak mahu rugi dalam pelaburan anda, teruskan membaca artikel ini.

“Berapakah jumlah wang dan kerugian yang mampu saya tanggung?”

Ini adalah soalan yang perlu ditanya oleh setiap pelabur sebelum melabur. Mengapa? Ini adalah kerana keputusan untuk melabur membabitkan pengambilan risiko dan anda berkemungkinan kehilangan sebahagian atau kesemua wang yang anda laburkan.

Sebenarnya, produk pelaburan yang berbeza mempunyai tahap risiko yang berbeza. Hakikatnya mudah sahaja – lebih tinggi potensi ganjaran yang ditawarkan oleh sesuatu produk pelaburan, maka lebih tinggilah pula risikonya. Sebaliknya, jika risiko bagi sesuatu produk pelaburan itu rendah, maka ganjarannya juga rendah.

“Tetapi, bolehkah saya melabur tanpa mengalami sebarang kerugian? “

Jawapannya mudah – TIDAK Boleh. Ini kerana, apa pun yang anda lakukan dengan wang anda, anda tetap terdedah kepada risiko. Anda boleh menyimpan wang di bawah tilam tetapi risikonya ialah anda mungkin kehilangan wang itu jika berlalu kebakaran atau kecurian. Jika anda menyimpan wang dalam bank, kadar faedahnya mungkin tidak cukup tinggi untuk menampung kadar inflasi dan ini menyebabkan kuasa beli anda semakin berkurangan pada masa akan datang. Jika anda melaburkan wang dalam sesuatu produk pelaburan pula, anda berhadapan dengan pelbagai risiko pelaburan yang berkaitan dengan produk tersebut.

Menangani risiko pelaburan

Sebagai pelabur, anda tidak boleh menghapuskan terus risiko. Walau bagaimanapun, risiko pelaburan tidaklah seteruk mana sekiranya anda tahu menanganinya supaya risiko itu boleh membawa kebaikan kepada anda. Langkah pertama ialah menentukan berapa banyak risiko yang anda mampu hadapi. Membuat keputusan pelaburan berpandukan pelaburan yang telah dibuat oleh rakan-rakan atau saudara-mara bukanlah cara yang baik untuk menguruskan risiko. Ini kerana, setiap individu mempunyai kesediaan menghadapi tahap risiko yang berbeza. Ada yang bersedia mengalami kerugian yang lebih banyak berbanding anda. Untuk mengetahui berapa banyak risiko yang anda mampu hadapi, ikutilah petua mudah ini:

Jika anda tidur tak lena dan mandi tak basah selepas membeli sesuatu produk pelaburan maknanya pelaburan itu terlalu berisiko untuk anda.

Satu cara lagi untuk menangani risiko ialah melalui teknik “pempelbagaian” atau diversification. Ia bermaksud anda tidak seharusnya melaburkan semua wang anda dalam satu produk pelaburan sahaja. Anda perlu mempelbagaikan pilihan produk-produk pelaburan anda. Jika anda melaburkan semua wang dalam satu jenis pelaburan sahaja (contohnya saham), anda boleh kehilangan semua wang itu jika nilai saham itu jatuh. Bagi meminimumkan risiko pelaburan, sebaik-baiknya ialah dengan mempelbagaikan produk pelaburan anda iaitu dengan melaburkan duit anda dalam beberapa produk pelaburan, contohnya, dalam saham, deposit tetap, dana unit amanah atau hartanah.

Pempelbagaian bertujuan untuk mencampurkan pelaburan yang berisiko tinggi dengan pelaburan yang berisiko rendah supaya kerugian dalam sesuatu pelaburan yang tidak membawa keuntungan dapat ditampung oleh keuntungan daripada pelaburan yang lain. Katakan anda melabur dalam saham, unit amanah dan hartanah. Sekiranya pelaburan dalam saham anda mendatangkan kerugian, dengan pempelbagaian anda mungkin dapat menampung kerugian tadi dengan mengaut keuntungan daripada pelaburan unit amanah dan hartanah. Oleh itu, bukan sahaja anda dapat meminimumkan risiko pelaburan anda tetapi pada masa yang sama, anda juga dapat memaksimumkan purata pulangan daripada pelaburan tersebut.

Walau bagaimanapun, jangan pula mempelbagaikan pelaburan secara keterlaluan kerana melaburkan terlalu sedikit wang dalam sesuatu pelaburan boleh mengurangkan pulangan daripada pelaburan itu.

Menguji ketahanan anda terhadap risiko

Setiap orang mempunyai ketahanan yang berbeza terhadap risiko. Sesetengah pelabur tahan menghadapi risiko pelaburan yang tinggi, manakala sebahagian yang lain tidak mempunyai ketahanan yang sama. Ketahanan seseorang terhadap risiko mungkin berubah mengikut peringkat kehidupannya. Mereka yang bersedia mengambil risiko pelaburan yang tinggi ketika muda dan bujang, mungkin kurang bersedia menghadapi risiko yang sama setelah berusia dan mempunyai keluarga. Bagi menentukan ketahanan anda terhadap risiko, tanya diri anda sendiri beberapa soalan mudah yang berikut:


Siapakah anda?

a) Saya dalam pertengahan umur dan hampir bersara

b) Saya masih muda dan perjalanan hidup saya masih jauh

Berapa banyak wang simpanan yang anda ada?

a) Pendapatan saya hanya cuma cukup untuk membayar bil dan tinggal sedikit baki untuk disimpan

b) Saya mempunyai sejumlah wang yang agak banyak untuk disimpan setiap bulan

Apakah komitmen kewangan yang anda ada?

a) Saya mempunyai senarai komitmen yang panjang

b) Saya tidak mempunyai banyak komitmen

Berapa lama anda boleh membiarkan sesuatu pelaburan?

a) Saya boleh menunggu asalkan pelaburan itu memberikan keuntungan yang baik dan berterusan

b) Saya mahu mendapat keuntungan secepat mungkin

Apakah yang anda harapkan apabila anda berhenti melabur?

a) Saya mahu sekurang-kurangnya jumlah yang sama yang telah saya laburkan

b) Saya mahu keuntungan sebanyak mana yang boleh

Jika kebanyakan jawapan anda ialah A, pelaburan yang berisiko tinggi mungkin tidak sesuai untuk anda. Anda lebih sesuai melabur dalam produk yang boleh memberikan pulangan yang munasabah dan berterusan, dan pada masa yang sama, memelihara modal asal anda.

Jika kebanyakan jawapan anda ialah B, anda mungkin boleh menghadapi pelaburan yang berisiko tinggi. Walau bagaimanapun, keupayaan menangani risiko sahaja tidak mencukupi. Anda juga perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan mengenai pelaburan dan mengawasi pelaburan anda. Elakkan diri daripada terperangkap dalam usaha untuk mendapat keuntungan cepat tanpa mengetahui risiko yang bakal dihadapi!

Sama-sama kita menjana keuntungan di CyberTrustFX.. Sila PM saya untuk mengetahui tentang pelaburan ini. Sekadar berkongsi untuk semua.

No comments:

Post a Comment